PRODUK PEMAKANAN SUNNAH

PRODUK PEMAKANAN SUNNAH

Thursday 30 May 2013

SUSU BIOMIL XCEL (SUSU RUMUSAN BAYI)

SUSU BIOMIL XCEL KELUARAN BUMIPUTERA, HALAL DAN BERKHASIAT

RM 45.90/TIN


SUSU FORMULA : HALAL UNTUK KANAK-KANAK 1 TAHUN KE ATAS

Biomil Xcel adalah susu formula istimewa dirumus khas mengandungi Garamtisu Biokimia yang disediakan mengikut teknologi Elektromagnetic Molecular Signaling (EMS).
Pada peringkat awal perkembangan minda kanak-kanak, sinapsis sel-sel otak adalah sangat pantas. Rangsangan dan nutrisi yang secukupnya menerusi DHA boleh membantu memaksimakan perkembangan kognitif. Penyerapan Zink dan Kalsium juga sangat penting bagi membantu perkembangan fizikal di samping menguatkan daya imuniti.
Garamtisu Biokimia pula membantu penghadaman dan pencernaan, membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat serta membantu perkembangan minda si manja.

 

Apa itu DHA?

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.
60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.
Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

  • pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
  • pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
  • pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :
  • mengurangkan triglycerides (lemak).
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
  • menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.
Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.

Kesan DHA kepada Ibu dan Kanak-kanak

Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.
Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.


Kebaikan Garamtisu Biokimia

  1. Kecergasan dan kecerdasan
  2. Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
  3. Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi.
  4. Membuang bahan toksik dalam badan.
  5. Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan.
  6. Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
  7. Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.

Kalsium

  1. Secawan susu mengandungi 26% RDA kalsium.
  2. Membantu pembentukan dan mengekalkan tulang & gigi.
  3. Diperlukan untuk kesihatan otot-otot dan saraf.
  4. Mencegah berlakunya kekejangan, masalah kulit, dipresi, masalah kognitif & delusi dan melaraskan rentak jantung.
  5. Dua gelas susu sehari yang mengandungi 700mg – 800mg kalsium, mencukupi untuk mencegah tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kekurangan kalsium.
  6. National Health & Nutrition Examination Survey mendapati kekurangan kalsium dan tahap sodium yang rendah dalam tubuh ada kaitan dengan tekanan darah.
  7. Triptofan asid amino yang terkandung di dalam susu membantu masalah insomnia, kerana ia memasuki neurotransmitter seratinin yang mengawal rasa tidur seseorang.

Apakah Kelebihan yang diperolehi oleh Si Manja…?

 DHA

Membantu merangsang pertumbuhan otak yang cergas serta penting untuk proses pembelajaran. DHA memberi manfaat untuk pertumbuhan retina mata bagi penglihatan yang lebih baik.

Probiotik

Merupakan bakteria baik yang membantu penghasilan keseimbangan dan sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Membantu meredakan cirit-birit, menguatkan sistem imuniti, membantu penghasilan vitamin dan memudahkan penyerapan mineral seperti Kalsium, Magnesium dan Fosforus dalam badan.

Prebiotik

Prebiotik merupakan serat larut pemakanan yang diserap usus untuk sistem pencernaan. Inulin merupakan Prebiotik yang bertindak merangsang bakteria baik.

Nukleotida

Terkandung di dalam susu ibu. Nukleotida memberi manfaat kepada pertumbuhan dan modulasi sistem imuniti.

Kalsium

Sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, mencegah pereputan tulang (osteoporosis), membantu pengecutan otot jantung, melegakan pedih ulu hati serta membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Zink

Merupakan vitamin yang amat diperlukan di dalam aktiviti metabolisme. Zink berperanan di dalam sistem imunisasi dan tumbesaran selain berperanan di dalam penjagaan kulit, eksema (gangguan keradangan), penyembuhan jangkitan kronik, mengawal tahap stress, anti-oksidan, mengatasi kelesuan dan lain-lain.

Vitamin D

  • Menguatkan tulang dan gigi
  • Mencegah dari berlakunya penyakit riket (kegagalan pembentukan tulang)

Vitamin B12

Diangarkan secawan susu mengandungi 45% vitamin ini

Fosforus

  • Perlu untuk kesihatan tulang dan gigi
  • 80% dari fosforus tubuh terdapat di dalam tulang dan gigi

Manfaat Penting untuk Minda Si Manja!

Mencerdaskan akal

Dengan kebaikan fosat-fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium, Biomil membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungsi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak.
Sentuhan antara sinaps (Sinaps aksosomatik dan aksodendritik) membentuk laluan neutral (Neutral pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki.  Satu neuron mungkin mempunyia 1000 hingga 10,000 sinaps. Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang yang cerdik berkeadaan lebih SUBUR.

Menguatkan Ingatan

Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingati membawa kepada masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi makanan adalah untuk menguatkan tenaga dan daya. Kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan.
Tetapi berdasarkan analisis, tiga garamtisu biokimia sudah memadai iaitu Kalsium Fosfat, Kalium Fosfat, dan Magnesium Fosfat. Rumusan ISTIMEWA ketiga-tiga garamtisu ini terdapat dalam susu BIOMIL Xcel.

Menambah Tenaga Mental

Tenaga Mental adalah dalam bentuk tanaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali menerusi tindak balas kimia, sama seperti “rechargeable battery”. Tenaga kimia akan terhasil dan tindakbalas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia.
Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1000,000 proses elektrokimia. Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus.

Membina Akhlak dan Budi Pekerti si Manja

Biomil Xcel dirumus khas dengan pelbagai kelebihan. Antara kelebihan utama adalah dengan kemasukan Tenaga Air Zam Zam dan Tenaga Habbastus Sawda di dalam ramuan susu tepung ini melalui kaedah EMS (klik untuk maklumat lanjut). Dengan ramuan istimewa ini, InsyaAllah, ianya mampu membina akhlak dan budi pekerti si Manja di samping dari usaha kita sendiri untuk membentuk mereka menjadi insan yang soleh dan solehah.

Diformulasikan bersama Surah Al-Jumu`ah dan Surah Al-A`laa

Susu ini juga turut diformulasikan bersama Surah Al-Jumu`ah dan Surah Al-A`laa bagi memberikan lebih nilai tambah kepada perkembangan rohani anak-anak anda.

PERINGATAN

Susu ini TIDAK sesuai untuk bayi di bawah umur 12 BULAN.
NOT suitable for babies below 12 month.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sunday 12 May 2013

AYAM SUFI (AYAM ORGANIK)

AYAM ORGANIK SUFI (HALAL,SUCI DAN BERSIH)


RM 17.50 /BUNGKUS

 

 AYAM SUFI.
 Ayam hidup bagi bekalan ayam sufi ini adalah hasil ternakan syarikat BUMIPUTRA ISLAM tanpa kaedah suntikan.Ayam dibekalkan dengan makanan tambahan organik dan didengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari kecik hingga mencapai usia dewasa.

Cara pemprosesan ayam
Ayam disembelih oleh penyembelih bertauliah dan dibantu beberapa orang pembantu.Tanpa kaedah rejaman air elektrik.
Sebelum dicelur,perut ayam dikeluarkan dahulu dibersihkan darah dan najis sebersih-bersihnya sebelum dimasukkan ke dalam air panas.
Kemudian ayam akan dipotong dan dibersihkan daripada darah dan lemak.Dan terus dibekukan.

Cara penggunaan
Biarkan pada susu bilik
Bilas dengan air bersih
Terus dimasak


BANDAR MERSING
HUBUNGI:
WAHIDA ENTERPRISE 012-7307815

KHASIAT SMART COCO A+

 
 
 
Khasiat:
Membantu meningkatkan daya ingatan tahap kecerdasan minda, IQ & konsentrasi minda, memperbaiki sistem perjalanan darah. Mencantikkan kulit. Membantu membekalkan bahan keperluan dalam badan untuk baik pulih sel-sel, tumbesaran dan fungsi organ dalam badan. Mengandungi serat, protein, banyak vitamin & mineral yang baik untuk badan. Membantu menenangkan & tidur malam yang nyenyak. Menggunakan krimer bukan tenusu.
Bahan-bahan:
                     
Serbuk Koko: 
 
Buah koko telah dijumpai di Amazon, South Amerika beribu tahun yang lalu. Sejak itu, koko adalah makanan atau minuman berkhasiat yang telah banyak dinikmati dan disukai oleh semua peringkat umur. Koko mengandungi polyphenois & filavanois yang menjadi agen kuat kepada antioksida. Antara potensi khasiat koko adalah:
1) Mengurangkan risiko penyakit sistem peredaran & penafasan
2) Meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dari LDL.
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung. 4) Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi 5) Tidur malam yang nyenyak.
 
 
Kismis:
 
Kismis adalah makanan & manisan semulajadi. Ianya adalah sumber yang baik untuk fiber, vitamin & mineral seperti Vitamin B, Kalsium, Potasium, dan zat besi. Kismis juga adalah antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan. Kismis mempunyai kandungan fruktos yang tinggi dan tidak mengandungi bahan pengawet. Di kebanyakan negara, kismis juga dikatakan makanan yang baik untuk minda.
                     
 
 
 
 
Madu:
 
Madu adalah sebagai pemanis dan bahan ubatan semulajadi yang telah digunakan berkurun lamanya dan ada disebut didalam Al-Quran. Sejarah ada menyatakan yang madu banyak digunakan sebagai penawar di zaman silam Mesir. Antara khasiat madu adalah :
1. Sebagai antioksida & baik untuk kecantikan kulit.
2. Menenangkan, anti fungi & berkhasiat.
3. Membaik pulih tisu badan & menjaga tahap kalsium dalam badan.
4. Anti-bakteria baik untuk masalah dalaman dan luaran.
5. Meningkatkan daya ketahanan badan.
        
        
 Gingko Biloba:
 
Gingko adalah spesis pokok tertua didunia. Di Eropah & Amerika Syarikat, makanan tambahan dari gingko adalah bahan herba yang tinggi jualannya termasuk di France & German. Gingko secara tradisional digunakan untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki sistem peredaran darah didalam badan. Gingko juga mengandungi 2 jenis antioksida iaitu flavanoids & terpenoids yang dapat mengurangkan atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi  penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser dan penyakit alzheimer's dan lain lain penyakit pelupa dan hilang ingatan. Sebenarnya, anak-anak kita telah dianugerahkan minda yang cergas dan makanan tambahan seperti Gingko Biloba diperlukan untuk memaksimumkan potensinya. Kita selalu marahkan anak-anak kerana tidak membuat kerja rumah kerana beranggapan mereka malas . Tetapi kita sebagai ibubapa lupa untuk memberikan makanan tambahan untuk minda anak-anak terus cergas.
 
 
Malt:
 
Bahan baik untuk fiber, vitamin, mineral, protin & anti oksida.
 
 
 
 
 
 
 
 
Kurma:
  
Kurma adalah makanan seimbang yang baik untuk penghadaman makanan. Ianya mampu memberi tenaga kepada badan manusia yang lesu dan baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin. Khasiatny adalah tidak terkira dan kaya dengan fiber, vitamin & mineral yang baik untuk tumbesar otot. Ianya dapat membantu penyakit sembelit, penyakit usus & masalah jantung.
 
 
 
 
 
Cara yang disyorkan untuk meminumnya:
Cara pengambilan yang disyorkan ialah dengan hanya satu sachet pada waktu pagi dan satu lagi pada sebelah petang.  
 
Setelah diambil untuk beberapa hari kita akan mula nampak perbezaannya. Perbezaan lebih ketara akan dilihat apabila pengambilan berterusan. Namun begitu, kesannya berbeza-berbeza bagi setiap pengguna kerana ini adalah makanan tambahan. Berbeza dengan ubat contohnya paracetamol yang menghilangkan sakit kepala dalam masa sejam, tetapi hakikatnya ia cuma menahan sakit untuk jangkamasa tertentu saja. Namun, SmartCoco bertindak untuk jangka panjang. Ada pengguna melaporkan untuk beberapa hari pertama, mereka berasa mengantuk tetapi usah khuatir kerana dalam masa beberapa hari mereka akan kembali normal seperti biasa, malah lebih baik.
 
 

 

ANTARA BAHAN-BAHAN ASLI YANG DIGUNAKAN DALAM PRODUK-PRODUK KAMI
 
 BADAM, MADU, DELIMA, KISMIS, KURMA, ALOE VERA, GINKO DAN SEBAGAINYA
                                   
            

SMART COCO A+

SMART COCO A+ (BIASA) & KURANG MANIS
 (LESS SUGAR)

Minuman bernutrisi Smart Coco A+ adalah fomulasi istimewa yang berpontensi untuk meningkatkan daya ingatan, konsentrasi minda, peredaran darah serta sebagai ajen antioksida. Ianya diadun dari bahan-bahan makanan yang baik sebagai ubatan dan herba terpilih dan berkualiti

 

HARGA RUNCIT = RM 21.00

HARGA PROMOSI : 3 = RM 57.00


HUBUNGI KAMI DI NITAR : 012-7364429

BANDAR MERSING : WAHIDA ENTERPRISE 012-7307815