SUSU BIOMIL XCEL KELUARAN BUMIPUTERA, HALAL DAN BERKHASIAT
|
RM 45.90/TIN |
SUSU FORMULA : HALAL UNTUK KANAK-KANAK 1 TAHUN KE ATAS
Biomil Xcel adalah susu formula istimewa dirumus khas mengandungi Garamtisu Biokimia yang disediakan mengikut teknologi Elektromagnetic Molecular Signaling (EMS).
Pada peringkat awal perkembangan minda
kanak-kanak, sinapsis sel-sel otak adalah sangat pantas. Rangsangan dan
nutrisi yang secukupnya menerusi DHA boleh membantu memaksimakan perkembangan kognitif. Penyerapan Zink dan Kalsium juga sangat penting bagi membantu perkembangan fizikal di samping menguatkan daya imuniti.
Garamtisu Biokimia pula
membantu penghadaman dan pencernaan, membina darah, tulang, gigi,
menguatkan otot dan sendi, pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat serta
membantu perkembangan minda si manja.
Apa itu DHA?
DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam
kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak
dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja
DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber
utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.
60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak
ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam
pertumbuhan otak yang sihat.
Sumber utama
Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan
kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di
farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA.
DHA dan EPA membentuk Omega-3.
Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan
aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.
Kebaikan utama DHA
- pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
- pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
- pertumbuhan saraf-saraf yang baik.
Kelebihan-kelebihan lain DHA
Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :
- mengurangkan triglycerides (lemak).
- mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
- menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
- mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
- mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing
manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction,
atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang
melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan
antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.
Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder
didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam
pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.
Kesan DHA kepada Ibu dan Kanak-kanak
Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang
membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka.
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada
masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah
bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British
Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi
setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO
menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.
Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang
ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di
atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan
(seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia
mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.
Kebaikan Garamtisu Biokimia
- Kecergasan dan kecerdasan
- Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
- Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi.
- Membuang bahan toksik dalam badan.
- Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan.
- Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
- Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
Kalsium
- Secawan susu mengandungi 26% RDA kalsium.
- Membantu pembentukan dan mengekalkan tulang & gigi.
- Diperlukan untuk kesihatan otot-otot dan saraf.
- Mencegah berlakunya kekejangan, masalah kulit, dipresi, masalah kognitif & delusi dan melaraskan rentak jantung.
- Dua gelas susu sehari yang mengandungi 700mg – 800mg kalsium,
mencukupi untuk mencegah tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh
kekurangan kalsium.
- National Health & Nutrition Examination Survey mendapati
kekurangan kalsium dan tahap sodium yang rendah dalam tubuh ada kaitan
dengan tekanan darah.
- Triptofan asid amino yang terkandung di dalam susu membantu masalah
insomnia, kerana ia memasuki neurotransmitter seratinin yang mengawal
rasa tidur seseorang.
Apakah Kelebihan yang diperolehi oleh Si Manja…?
DHA
Membantu merangsang pertumbuhan otak yang cergas serta penting untuk
proses pembelajaran. DHA memberi manfaat untuk pertumbuhan retina mata
bagi penglihatan yang lebih baik.
Probiotik
Merupakan bakteria baik yang membantu penghasilan keseimbangan dan
sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Membantu meredakan
cirit-birit, menguatkan sistem imuniti, membantu penghasilan vitamin dan
memudahkan penyerapan mineral seperti Kalsium, Magnesium dan Fosforus
dalam badan.
Prebiotik
Prebiotik merupakan serat larut pemakanan yang diserap usus untuk
sistem pencernaan. Inulin merupakan Prebiotik yang bertindak merangsang
bakteria baik.
Nukleotida
Terkandung di dalam susu ibu. Nukleotida memberi manfaat kepada pertumbuhan dan modulasi sistem imuniti.
Kalsium
Sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kalsium juga
diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, mencegah pereputan tulang
(osteoporosis), membantu pengecutan otot jantung, melegakan pedih ulu
hati serta membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah
tinggi.
Zink
Merupakan vitamin yang amat diperlukan di dalam aktiviti metabolisme.
Zink berperanan di dalam sistem imunisasi dan tumbesaran selain
berperanan di dalam penjagaan kulit,
eksema (gangguan keradangan), penyembuhan jangkitan kronik, mengawal tahap stress, anti-oksidan, mengatasi kelesuan dan lain-lain.
Vitamin D
- Menguatkan tulang dan gigi
- Mencegah dari berlakunya penyakit riket (kegagalan pembentukan tulang)
Vitamin B12
Diangarkan secawan susu mengandungi 45% vitamin ini
Fosforus
- Perlu untuk kesihatan tulang dan gigi
- 80% dari fosforus tubuh terdapat di dalam tulang dan gigi
Manfaat Penting untuk Minda Si Manja!
Mencerdaskan akal
Dengan kebaikan fosat-fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium, Biomil
membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungsi mengumpul
maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan
dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak.
Sentuhan antara sinaps (Sinaps aksosomatik dan aksodendritik)
membentuk laluan neutral (Neutral pathway) untuk membawa maklumat yang
dikehendaki. Satu neuron mungkin mempunyia 1000 hingga 10,000 sinaps.
Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia
mendapati neuron otak orang yang cerdik berkeadaan lebih SUBUR.
Menguatkan Ingatan
Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingati membawa kepada
masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi
makanan adalah untuk menguatkan tenaga dan daya. Kajian yang telah
dilakukan oleh Dr. Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia
yang diperlukan oleh otak sebagai makanan.
Tetapi berdasarkan analisis, tiga garamtisu biokimia sudah memadai
iaitu Kalsium Fosfat, Kalium Fosfat, dan Magnesium Fosfat. Rumusan
ISTIMEWA ketiga-tiga garamtisu ini terdapat dalam susu BIOMIL Xcel.
Menambah Tenaga Mental
Tenaga Mental adalah dalam bentuk tanaga elektrik. Jika berlaku
kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali menerusi tindak
balas kimia, sama seperti “rechargeable battery”. Tenaga kimia akan
terhasil dan tindakbalas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik.
Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali
sebagai proses elektrokimia.
Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap
saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1000,000 proses elektrokimia.
Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti
Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus.
Membina Akhlak dan Budi Pekerti si Manja
Biomil Xcel dirumus khas dengan pelbagai kelebihan. Antara kelebihan utama adalah dengan kemasukan
Tenaga Air Zam Zam dan
Tenaga Habbastus Sawda di dalam ramuan susu tepung ini melalui kaedah
EMS
(klik untuk maklumat lanjut). Dengan ramuan istimewa ini, InsyaAllah,
ianya mampu membina akhlak dan budi pekerti si Manja di samping dari
usaha kita sendiri untuk membentuk mereka menjadi insan yang soleh dan
solehah.
Diformulasikan bersama Surah Al-Jumu`ah dan Surah Al-A`laa
Susu ini juga turut diformulasikan bersama Surah Al-Jumu`ah dan Surah
Al-A`laa bagi memberikan lebih nilai tambah kepada perkembangan rohani
anak-anak anda.
PERINGATAN
Susu ini TIDAK sesuai untuk bayi di bawah umur 12 BULAN.
NOT suitable for babies below 12 month.